has!! Jumaat, 26 Mac 2010

kini kemajuan sains dan teknologi telah merubah hidupkita.bermula dari zaman surat,akhbar berubah kepada telefon bimbit kini muncul pula internet tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai brodband.Dunia kini telah lahir dengan pelbagai kemudahan yang boleh menghubungkan kita kemana sahaja kita mahu dengan hanya menekan huruf sahaja..Jalur lebar merupakan salah satu alat atau bahan yang membantu kita meneroka dunia luar yang luas..

has!!

Dahulu kau tidak aku kenali
apa kamu?siapa kamu?kegunaanmu?
tetapi hari ini aku mampu mengendalimu
tanpa bantuan dari sesiapa pun.

kau telah banyak membantuku
tidak kira apa pun yang aku mahu
kau telah banyak berjasa kepadaku
tidak mungkin aku melupakan jasamu.

kau menjadi perantaraan aku dan dia
kau amat penting dalam hidupku.
terima kasih atas sumbangan mu
membantuku meneroka dunia.
aku tidak akan melupakan jasamu oh jalur lebarku..

has!! Rabu, 24 Mac 2010

pada 24 mac 2010 telah berlangsungnya satu peristiwa bersejarah yang telah tercatat..pada tanggal itu telah berlangsung perasmian jalur lebar berkelajuan tinggi yang dirasmikan oleh perdana menteri kita iaitu Dato Sri Najib Bin Tun Abdul razak..Dengan pelancaran itu ia dapat mempewrkenalkan saya kepada jalur lebar berkelajuan tinggi..Dengan memperkenalkan jalur lebar ini membolehkan saya menggunakan internet dengan cepat malah kini walaupun berada di dalam wktu yang singkat..

has!! Isnin, 22 Mac 2010

jalur lebar sangat memberi kesan dalam hidup saya terutama dalam membantu saya menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh guru guru saya.kini saya tidak perlu bersusah payah mendapatkan maklumat melalui kajian ataupun pembacaan yang mendalam.Sesungguhnya pembacaan yang mendalam amat penting untuk kita,bak kata pepatah "ilmu itu jambatan ilmu",tetapi apabila saya memerlukan maklumat dengan cepat jalur lebarlah yang membantu dan menjadi sumber yang amat penting.Selain itu,jalur lebar juga membolehkan saya mempunyai ramai teman dari seluruh pelusok dunia.Dengan terdapatnya kemudahan komunikasi seperti myspace,facebook dan banyak lagi yang saya sendiri tidak ingat namanya..kini saya tidak perlu menulis surat yang memakan masa selama beberapa hari untuk sampai semata mata hanya untuk bertanya khabar..

has!! Khamis, 11 Mac 2010

semua benda mempunyai kelemahan dan keburukan,termasuk juga jalur lebar.Antara kelemahan jalur lebar ialah apabila ada yang menyalah gunakan kemudahan ini sebagai contoh apabila ada kanak-kanak mahupun remaja yang melayari laman web lucah.selain itu,jalur lebar juga boleh mengakibat kan kita leka melayari internet dan menyebabkan banyak masa digunakan untuk aktiviti yang tidak berfaedah..

has!! Jumaat, 5 Mac 2010

Dengan menggunakan brodband saya tak perlu lagi menunggu lama lagi di depan pc semata mata untuk membuka email apatah lagi ketika hendak download bahan-bahan.Justeru ia menjimatkan masa saya.srlain itu membolehkan saya menghantar ataupun menerima dengan lebih pantas sehingga 40 kali lebih pantas,kita perlu sedar bahawa dunia sudah berubah,zaman dah maju dengan pelbagai inovasi hasil sain dan teknologi.dahulu saya boleh dikategorikan sebagai satu dari seribu orang yang buta it.tetapi kini saya berbangga kerana kini saya mampu menewroka dunia siber..